Pendaftaran Baru 2018 Telah Dibuka

Ingin Mendapatkan Anak Cemerlang Didalam Membaca,Menulis Dan Mengira Seawal Usia 5 Tahun? Jom Sertai Kami Segera.

TADIKA PILIHAN IBU-BAPA

Pilihan Ibu-Bapa Yang Inginkan Anak-Anak Dibentuk Dengan Pendidikan Al-Quran Seawal Umur 4 Tahun.

SEPERTI YANG PERNAH DILIHAT DI

APA ITU AL-BAGHDADI PLAYTIME CENTRE?

Seronok dan Mudah belajar dan Menghafal AL-Quran Menggunakan Teknik Al-Baghdadi. Jom Bersama Merasai Pembelajaran Al-Quran Luar Biasa.

Al-baghdadi playtime centre (APC) merupakan sebuah program prasekolah berasaskan Al-Quran yang dirangka khusus bagi memenuhi keperluan pendidikan islam semasa. APC menerapkan 50% pembelajaran Al_quran dalam sesi pembelajaran APC dihasilkan berteraskan 2 program utama Al-Baghdadi iaitu Teknik Al-Baghdadi (Asas Bacaan Al-Quran) dan NADI Al-Baghdadi ( Hafazan Al-Quran Al-Baghdadi) Yang memenuhi 50% pembelajaran di APC. APC juga menerapkan pembelajaran Akademik seperti Teras BAHASA, Teras Kognitif dan Teras Akhlak.

LATAR BELAKANG PRA-SEKOLAH APC

Pendidikan prasekola Al-Quran dan Pra Tahfiz Nadi Al-Baghdadi adalah satu usaha berterusan ke arah membina generasi Al-Quran yang mampu mempelajari Al-Quran seawal usia empat tahun dengan meningkatkan keupayaan MEMBACA, MENGHAFAZ dan MEMAHAMI ayat Al-Quran dengan teknik yang inovatif, kreatif dan menyeronokkan. Teknik Al-Baghdadi telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book Of Records serta terpilih sebagai Finalis Anugerah Inovasi Negara 2013.

KATA-KATA ALUAN PENGURUS APC KOTA BAYUEMAS , KLANG

Assalamualaikum wbt. Maha Suci Allah SWT yang menciptakan anak-anak yang mempunyai sifat yang ingin tahu dan ingin bermain. Saya Puan Azlina tersangatlah gembira sekali kerana anda memilih untuk singgah di laman web kami ini. Kami di APC Kota Bayuemas adalah salah sebuah Tadika Al-Quran APC yang telah beroperasi di No 17, Jalan  Bayu Impian 30A/KS9, Kota Bayuemas, 41200 Klang. Kami mempunyai 3 orang Staff dan guru-guru yang terlatih bagi membentuk anak-anak anda menjadi seorang anak yang berakhlak mulia berteraskan tunjang Al-Quran yang kami tekankan didalam tadika ini. Al-hamdulillah feedback yang diberi kepada Tadika kami ini sangat positif dan ramai ibu-bapa berpuas hati menghantar anak mereka di tadika kami. 

PRA PENDAFTARAN PENGAMBILAN 2018 TELAH DIBUKA

Ingin berjumpa kami di OPENDAY 2018 ? Sahkan tempat anda dengan menekan butang daftar dibawah.

Pendidikan awal adalah satu bentuk pendidikan yang amat kritikal. Menyediakan anak-anak yang mampu membaca sekaligus khatam alquran seawal usia adalah penting dalam menghadapi cabaran kehidupan masa kini. Jom APC!

Hajjah Sopiah Jasmin

Pengurus APC Bandar Jengka

Mengurus kehidupan anak-anak umpama menguruskan sebuah syarikat dan perancangan teliti dalam pendidikan awal anak-anak memerlukan penilitian terperinci oleh ibu-bapa. APC menyediakan suasana pembelajaran aktif dengan Al-Quran.

Sharafuddin Syarif

Pengurus APC TDDI

Aktiviti Pembelajaran Di APC.

Klik Video dibawah

TERAS PEMBELAJARAN

  • MEMBACA, MENULIS DAN MENGIRA
  • BELAJAR AL-QURAN TEKNIK AL-BAGHDADI
  • MENGHAFAL AL-QURAN MENGGUNAKAN TEKNIK NADI AL-BAGHDADI
  • AKIDAH, IBADAH DAN AKHLAK
  • PLAYTIME

AKTIVITI

  • HARI SUKAN TAHUNAN
  • LAWATAN
  • PERTANDINGAN HAFAZAN
  • PROGRAM HUFFAZ CILIK
  • HARI ANUGERAH

APA KATA IBU-BAPA TENTANG APC?

Alhamdulillah. Saya ingin berikan 5 Bintang kepada APC kerana banyak membantu anak saya dalam pembelajaran dan yang paling banyak perubahan dalam pembacaan Al-Quran Hafazan dan Penulisan. Anak saya seronok belajar di APC.

Puan zaleha

Ibu, Pelajar APC

  • KEPUASAN IBU-BAPA 99%
  • PERUBAHAN PELAJAR 70%
  • KELENGKAPAN PEMBELAJARAN 80%
  • MUDUL PEMBELAJARAN 90%

PRA PENDAFTARAN PENGAMBILAN 2018 TELAH DIBUKA

Ingin berjumpa kami di OPENDAY 2018 ? Sahkan tempat anda dengan menekan butang daftar dibawah.

PRA PENDAFTARAN PENGAMBILAN 2018 TELAH DIBUKA

Ingin berjumpa kami di OPENDAY 2018 ? Sahkan tempat anda dengan menekan butang daftar dibawah.

PENGIKTIRAFAN PROFESSIONAL

LOKASI KAMI

Albaghdadi Playtime Centre

Ingin Bertanyakan Soalan Tentang Kami?

Isi Borang Dibawah